Kenapalah kau pakai seksi-seksi
Laki pompuan pakat nak tayang body
Yang pompuan selak skirt tinggi-tinggi
Yang laki plak syok tunjuk pusat sendiri
Kenapalah kau pakai seksi-seksi
Orang tengok abih semua naik berahi
Sampai mata pun dah naik tuli
Dedah aurat kat sume laki ajnabi
Kenapalah kau pakai seksi-seksi
Dosa pahala idak ke ko reti?
Kecantikanmu bukan harta hakiki
Sampai masanya, pasti ditarik kembali
Kenapalah kau pakai seksi-seksi
Tayang dada, peha, betis dan kaki
Kecantikan diberi untuk kita syukuri
Nikmat tuhan yang tiada tandingi
Kenapalah kau pakai seksi-seksi
Buka baju, buka tudung nak promote diri
Jangan kau lalai dengan kehidupan duniawi
Hidup cuma sementara, alam akhirat akan kita diami
Al-Quran petunjuk tetap kekal abadi
Kenapalah kau pakai seksi-seksi
Aurat hartamu, jagalah sesuci murni
dibuka jangan, jauh sekali untuk dikongsi
Apa dicari hanyalah akhlak dan pekerti
Bukan rupa paras dan body yang diidami
Kenapalah kau pakai seksi-seksi
Body kau tu, hanya suami/isteri yang boleh perhati
Jika harini tidak juga kau insafi
Mak,ayah,abg, suami -
Mereka juga yang kena jawab kat akhirat nanti
Yang berlalu biarkan ia pergi
Yang datang, perlu kau ingati
Dosa yang dipikul, tidak tertanggung kau nanti
Hukuman Allah suatu yang pasti
Bertaubatlah segera, dan insafilah diri
Dia Maha Pemurah, juga Maha Mengasihani
Pesanan dariku, yg kudus disini
- jzan -
24 Ogos 2011
24 August 2011
25 March 2011
30 January 2011
Kenapa CANON 60D??
Masa aku plan nak tukaq body, ada 2-3 benda yang aku listkan, apa yang patut ada kat body baru tu. Aku mula cari ciri-ciri yang seakan-akan sama (malah lebih lagi) dari Sony A330 yang aku pakai sebelum ni.Mula-mula mesti la kena pilih jenama apa yang patut aku guna, nikon @ canon @ sony. Bagi aku semuanya sama ja, yg beza cuma amatur, semi pro, pro n yg penting sekali harga la. Lagi Mahal lagi banyak la yang kamera tu provide. Janji pandai main dengan speed shutter, ISO n aperture. Kamera mahai lagu mana pun, xtau 3 benda ni gambaq x lawo gak.
Aku pilih CANON. Sebabnya harga yang ditawarkan CANON agak masuk akal dengan fungsi-fungsi yang menepati citarasa pengguna. Aku ada survey di internet, dgn harga 2500++ pun pengguna boleh memiliki slr yang tinggi megapixel serta termasuk fungsi video yang berkualiti tinggi. Aku masuk forum perbincangan, dan mula kenal dengan 60D. Aku tertarik dengan 60D. Kenapa? Aku mula cari dalam internet dan aku listkan sebab-sebab aku pilih CANON 60D.
1. CANON 60D menawarkan megapixel yang tinggi (CMOS 18mpxl).
2. 3 inci skrin LCD.
3. Harga agak munasabah. Dengan harga RM2800- 3000, pengguna dapat memiliki badan 60D.
4. . Oleh kerana aku juga pengguna SONY A330, yang menawarkan LCD mudah pusing/boleh lipat, aku juga inginkan body yang ada fungsi macam tu. Bagi aku fungsi ini amat penting untuk shoot pada level atau sudut yang susah nak buat. Terutamanya untuk shoot video. So, 60D ada ciri-ciri yang aku cari.
5. format video berkualiti tinggi (Full HD)- 24 bingkai sesaat. HD penuh (1920 x 1080), HD tersedia (1280 x 720), dan format televisyen biasa (640 x 480)
6. 60D menawarkan 5.3 fps imej statik.
7. ISO boleh sampai 12,800 dan ada fungsi mengurangkan noise pada kadar ISO yang tinggi. Fungsi ni penting untuk shoot dalam keadaan gelap @ kurang cahaya.
8. Handling yang best. rata-rata pengguna 60D berpuas hati dengan bentuk 60D dan selesa dipegang. Cuma bagi pengguna yang tangan besar tu mungkin kena guna bateri grip untuk tambah selesa bila nak guna.
9. Ringan.
10. Aku dikelilingi oleh pengguna CANON. So, lu aku ada masalah atau apa2 kurang arif, aku boleh rujuk pada depa ni. Berguru dengan orang lagi baik dari berguru dengan buku.
tu ja yang aku fikir yang agak penting selain function2 lain agak advance yg ada pada 60D ni. Tapi aku rasa, kalau CANON masukkan dual memori card seperti SONY aku sebelum ni, lagi tambah best. Sebab 1 kad lagi boleh fungsi sebagai back up sekiranya jadi apa2 kat kad yang 1st tu.
Apa-apa pun, beli kamera ikut kemampuan sendiri dan minat sendiri. Bukan untuk show off @ ikut orang.
Happy shooting

22 September 2010
12 Kelompok Manusia Bangun dari Kubur
DIRIWAYATKAN bahawa Rasulullah s.a.w. menangis hingga membasahi bajunya ketika ditanya oleh Mu’adz bin Jabbal mengenai maksud firman Allah s.w.t.: “Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala, lalu kamu datang berkelompok-kelompok.”
Apabila ditanya punca baginda bersedih, Rasulullah bersabda: “Engkau bertanya mengenai sesuatu yang dahsyat. Umatku akan dikumpul dan dibangkitkan di hari kiamat dalam 12 kelompok.”
- Kelompok pertama akan dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki, lalu terdengar suara Allah:“Mereka ini adalah orang yang ketika didunia dulu senang mengganggu jirannya, maka inilah balasannya dan nerakalah tempat baginya.”
- Kelompok kedua pula di bangkitkan dalam keadaan berbentuk babi kerana ketika di dunia golongan ini malas seperti firman Allah: “Celakalah! Mereka yang mengerjakan solat, iaitu lalai dalam solatnya.”
- Kelompok ketiga dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan perut membesar seperti gunung, dengan didalamnya penuh ular dan kala jengking kerana ketika di dunia mereka tidak membayar zakat.
- Kelompok keempat pula dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga, mereka suka berdusta.
- Kelompok kelima pula dalam keadaan lebih buruk daripada bangkai kerana ketika di dunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat orang, tetapi tidak takut kepada Allah.
- Kelompok keenam akan dibangkitkan dengan keadaan leher terputus kerana ketika di dunia selalu memberikan kesaksian palsu.
- Kelompok ketujuh akan dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana selalu berdusta ketika di dunia.
- Kelompok kelapan akan dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan kepala tersungkur, sedangkan keduadua kakinya di atas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air kerana ketika hidup di dunia golongan ini suka berzina dan mati tanpa sempat bertaubat.
- Kelompok kesembilan pula dibangkitkan dari kubur dalam keadaan wajahnya yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya dipenuhi api kerana ketika di dunia dulu mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.
- Kelompok kesepuluh dibangkitkan dalam keadaan penuh kusta dan sopak kerana ketika hidup didunia menderhakai kedua orang tuanya.
- Kelompok kesebelas akan dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada, lidahnya sampai ke perut manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha, perutnya penuh dengan kekotoran kerana ketika hidup di dunia mereka gemar minum arak dan mati sebelum sempat bertaubat.
- Bagaimanapun kelompok kedua belas, mereka akan dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan mereka akan melewati sirat (titian) seperti kilat yang menyambar kerana golongan ini ketika hidupnya rajin beramal soleh, meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima waktunya dengan berjamaah. Mereka mati dalam keadaan bertaubat, maka balasannya ialah syurga, pengampunan, rahmat dan nikmat.
08 September 2010
Raya..fitrah dan gelagat manusia
* semayang raya masjid sesak..semayang subuh 1 saf pun x penuh..
* solat terawih wat sampai 20..tp solat sunat sebelum n selepas solat fardhu jarang² nk buat..
* Alhamdulillah..masa ramadhan Al-Quran sentiasa ditangan..habis ramadhan Al-quran simpan dlm almari, tggu ramadhan tahun depan plak nak sentuh..
* bln ramadhan bangun sahur - mandi, solat subuh n siap pergi keja. pas ramadhan subuh pun dah takde. Bangun, mandi trus siap pergi kerja.
* siang hari bulan ramadhan, jalan dgn gf/bf pun jauh². pas buke dah boleh pegang tangan, peluk pinggang, cium²..
* Salam- cium tangan ayahanda bonda dan minta ampun cuma di hari raya..tunggu raya tahun depan lak kalau nak salam mintak ampun
* hari raya spend 100-200 hengget tuk duit raya nak bagi kanak² n saudara mara..pas raya nak hulur singgit masuk tabung masjid pun pikir 2-3 kali..
* pergi semayang raya pakai baju baru, suar baru, kasut baru..wangi-wangian. pergi solat jumaat tiap-tiap minggu cuma pakai baju t-shirt & suar trek/jeans. kopiah pun xda
* solat terawih duk betul² belakang tok imam..semayang jumaat tunggu tok imam angkat takbir baru nak sampai masjid
* nak raya tolong mak kat dapur buat kuih..pas raya mak dok sorang² kat dapur tlg masakkan tuk kita
* nak raya tukar cadar baru, tirai baru, tikar baru, karpet baru, serba baru. tapi amalan kita kepada-Nya still di takuk yang lama. tak penah upgrade
* solat terawih wat sampai 20..tp solat sunat sebelum n selepas solat fardhu jarang² nk buat..
* Alhamdulillah..masa ramadhan Al-Quran sentiasa ditangan..habis ramadhan Al-quran simpan dlm almari, tggu ramadhan tahun depan plak nak sentuh..
* bln ramadhan bangun sahur - mandi, solat subuh n siap pergi keja. pas ramadhan subuh pun dah takde. Bangun, mandi trus siap pergi kerja.
* siang hari bulan ramadhan, jalan dgn gf/bf pun jauh². pas buke dah boleh pegang tangan, peluk pinggang, cium²..
* Salam- cium tangan ayahanda bonda dan minta ampun cuma di hari raya..tunggu raya tahun depan lak kalau nak salam mintak ampun
* hari raya spend 100-200 hengget tuk duit raya nak bagi kanak² n saudara mara..pas raya nak hulur singgit masuk tabung masjid pun pikir 2-3 kali..
* pergi semayang raya pakai baju baru, suar baru, kasut baru..wangi-wangian. pergi solat jumaat tiap-tiap minggu cuma pakai baju t-shirt & suar trek/jeans. kopiah pun xda
* solat terawih duk betul² belakang tok imam..semayang jumaat tunggu tok imam angkat takbir baru nak sampai masjid
* nak raya tolong mak kat dapur buat kuih..pas raya mak dok sorang² kat dapur tlg masakkan tuk kita
* nak raya tukar cadar baru, tirai baru, tikar baru, karpet baru, serba baru. tapi amalan kita kepada-Nya still di takuk yang lama. tak penah upgrade
Subscribe to:
Posts (Atom)

