30 July 2008

Bulu Mata


Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang
diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya x pernah malakukan perkara itu..."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa "

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.

"Jawab malaikat, "INilah saksi-saksimu. ...."

Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang,"

disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"

Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu"

Lidah menambah dengan beran i, "Saya yang menjilat dan menghisap"

Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"

Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu"

"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.
" Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."

14 July 2008

Secebis Tazkirah : Syubhah dalam makanan


Definisi : Syubhah ialah sesuatu hukum yang tidak diketahui dengan jelas hukum halal dan haramnya.

Ramai yang terkeliru apabila di tanya tentang Syubhah dan haram. dan tidak kurang pula yang menganggap syubhah adalah perkara yang apabila terjadinya suatu isu,barulah ia dianggap syubhah.

perlu diingat bahawa syubhah adalah paling hampir kepada haram. Jika terdapat sebutir syubhah, yakni keraguan dalam hati kita,maka ianya dianggap haram. Keraguan dalam perniagaan, pemilihan pemakanan adalah perkara yang paling ditakuti oleh masyarakat, wlupun perkara sedemikian kurang dititik beratkan dlm kehidupan seharian.

Petikan drpd hadith:

Daripada Abu Abdullah an-Nu’man bin Basyir r.a katanya:”Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :”Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram(itupun) jelas dan di antara kedua-duanya (terdapat)perkara-perkara yang syubhat, ramai di kalangan manusia tidak mengetahuinya .Sesiapa yang menjaga dirinya daripada perkara syubhat ,(maka) dia telah membersihkan agama dan kehormatannya .Dan sesiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhat , dia akan jatuh kepada perkara yang haram..."

Adakah kita yakin bahawa makanan yang masuk ke dalam perut kita setiap hari adalah bersih dari syubhah? Adakah kita yakin makanan yang mengisi perut kita seharian adalah dari sumber yang betul? Ramai diantara kita khususnya umat islam tidak menyedari atau tidak ambil peduli jika terdapat suapan haram, dan menjadi daging dalam badan kita. Bagaimana pula dengan si polan yang mengambil rasuah, memberi anak isteri makan dengan hasil tersebut?

Perlu di igt juga bahawa nikmat yang sedikit kita perolehi, wlu dr sumber mana pun kelak akan di soal Allah s.w.t di kemudian hari.

Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa yang berani melakukan dosa yang diraguinya , hampir-hampir dia akan melakukan dosa yang jelas (Hadith Riwayat al Bukhari )

Sebenarnya sebagai umat Islam, perkara ini bukanlah isu yang besar jika kita lebih berhati-hati dan yang paling penting yakin dengan sumber yang diperolehi baik dari segi makanan dan perniagaan. Terlalu banyak makanan yang tidak dilabel tanda Halal, yang pasti memudaratkan kesihatan pengguna. Makanan yang mempunyai emulsifier, tapi tidak disenarai dlm kandungan makanan juga tidak kurangnya di nagara kita.

Makanan ringan dan makan segera juga harus diberi perhatian. Rujuk kod makanan terlebih dahulu dan pastikan ia bebas dari syubhah.

Rasulullah s.a.w bersabda :

“Wahai Saad, perbaikilah makanan engkau, nescaya engkau akan dijadikan Allah seorang yang makbul doanya. Demi Tuhan yang jiwa Muhammad ada di tangannya, sesungguhnya seseorang lelaki yang memasukkan satu suapan yang haram ke dalam perutnya, tidaklah akan diterima amalnya selama 40 hari. Barangsiapa di antara hamba Allah itu yang tumbuh dagingnya dari harta yang haram dan riba, maka api neraka terlebih baik baginya.”

06 July 2008

Kempen