16 October 2009

perlu tau..

01 October 2009

Doa Buat Para Isteri Dan Bakal Isteri

(Petikan Daripada Miftahul Sudur)

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim!

Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat..
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas..
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal..
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan..
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista..
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu..
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..


Ya Allah!

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash..
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya..
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku di titianMu..
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya..
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untukku di JannahMu..
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya..
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu..
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya..
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu..
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya..

Tetapi Ya Allah!Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang..
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu..
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaannya..
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan..
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena..Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
au juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu

Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan

Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..