kalau kahwin semata-mata kerana nafsu..dan syg kpd pasangan kalian, baik lupakan shj hasrat untuk berkahwin itu sehingga kalian betulkan niat da benar-benar faham apakah tujuan berkahwin. Tak guna kahwin jika ilmu rumahtangga masih kurang. Mental kenalah kuat. Dugaan selepas berumahtangga terlalu kuat. Kalau tiada ilmu, agama pun rapuh..rapuh jualah rumahtangga tu. Bukan untuk takutkan pasangan yang ingin berkahwin..tapi itulah kenyataan bila dialam ini.
Semasa bercinta, bertunang, kalian tidak akan tahu perangai sebenar pasangan kalian. bagi yang sering bertemu, mungkin 2-3 hari sekali. Mungkin seminggu sekali. Sehinggalah kalian berada disatu bumbung, hidup sebagai suami isteri.
Pasangan mana yang tidak pernah bergaduh sepanjang perkahwinan mereka. Pasangan mana yang tidak pernah berselisih faham sepanjang bertahun mereka bersama? Pahit manis, asam garam dalam rumahtangga itu cuma sebahagian dari ujian tuhan..apa yang penting adalah bagaimana pasangan tersebut mencari jalan untuk selesaikan masalah tersebut.
Peranan dan tanggungjawab suami/isteri dalam keluarga memang besar. Begitu juga dengan kesabarannya..juga perlulah besar.
Bagi seorang suami, tanamkan dalam diri, supaya menjadi seorang suami yang bukan sahaja dapat mendidik isteri dan keluarga berkenaan sosial dan akhlak, bahkan juga bimbingan dari sudut agamanya dan tauhid kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya Islam itu sangatlah cantik. Ia sempurna dari segala sudut - ekonomi, akhlak, sehingga hal ehwal runahtangga juga amatlah dititik beratkan. Begitu juga dengan tanggungjawab lain. Memang sukar untuk membina keluarga yang sempurna, tetapi sekurang-kurangnya kita bergerak kearah kesempurnaan dan mencapai keredhaan Allah.
Fikir dahulu sebelum berkata-kata. Kerana kata-kata yang tidak baik mungkin akan memberi kesan yang panjang dalam hubungan kalian. Jika marah, eloklah dapat mendiamkan diri untuk seketika waktu supaya dapat menenangkan hati.
Abu Umamah Albahili r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Siapa yang dapat menahan marah padahal ia dapat (kuasa) untuk memuaskan marahnya itu, tetapi tidak dipuaskan bahkan tetap ditahan/disabarkan, maka Allah s.w.t. mengisi hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat."
Jika mahu berbicara tentang rumahtangga, amatlah luas isinya. Pelbagai isu dapat dirungkaikan. Inginkan rumahtangga yang bahagia dan berkekalan -lengkapkan ilmu agama,ilmu rumahtangga dahulu sebelum kalian bersalam akad dengan kadhi.
Selamat menempuh alam rumahtangga..:-)
20 June 2010
07 June 2010
Nyawa
Nyawa ini milik Allah. Dia yang memberi, dan dia jugalah berhak ambil kembali pada bila2 masa pun. kt yg hidup kena teruskan dgn kehidupan kt, dgn amal ibadat, takwa kpd-Nya. Mungkin esok @ lusa giliran kita..cuma kita tidak tahu, bilakah saat nyawa kita akan diambil, bagaimana cara kita mati, dan dimanakah kita akan mati.
Apa yg penting, kita sama-sama tingkatkan amal ibadat kpd-Nya untuk dibawa bersama..tinggalkan nafsu dunia yang bersifat sementara ini! belum cukupkah dengan keseronokan, leka dgn suruhan-Nya, bangga dengan dosa..puas dengan mungkar. Adakah apabila nyawa berada ditekak baru ingin kita insafi semuanya. Mati itu sangat dekat dan sangat dasyat.
Ya Allah..Moga aku, kaum keluargaku, rakan-rakanku, muslimin dan muslimat semua betul-betul ingat..bahawa maut itu sememangnya benar. dosa dan pahala itu benar..syurga dan neraka juga adalah benar...amin.
Sesungguhnya maut itu teramat menyakitkan..
Apa yg penting, kita sama-sama tingkatkan amal ibadat kpd-Nya untuk dibawa bersama..tinggalkan nafsu dunia yang bersifat sementara ini! belum cukupkah dengan keseronokan, leka dgn suruhan-Nya, bangga dengan dosa..puas dengan mungkar. Adakah apabila nyawa berada ditekak baru ingin kita insafi semuanya. Mati itu sangat dekat dan sangat dasyat.
Ya Allah..Moga aku, kaum keluargaku, rakan-rakanku, muslimin dan muslimat semua betul-betul ingat..bahawa maut itu sememangnya benar. dosa dan pahala itu benar..syurga dan neraka juga adalah benar...amin.
Sesungguhnya maut itu teramat menyakitkan..
Subscribe to:
Comments (Atom)