24 August 2011

Kenapalah kau pakai seksi-seksi

Kenapalah kau pakai seksi-seksi
Laki pompuan pakat nak tayang body
Yang pompuan selak skirt tinggi-tinggi
Yang laki plak syok tunjuk pusat sendiri

Kenapalah kau pakai seksi-seksi
Orang tengok abih semua naik berahi
Sampai mata pun dah naik tuli
Dedah aurat kat sume laki ajnabi

Kenapalah kau  pakai seksi-seksi
Dosa pahala idak ke ko reti?
Kecantikanmu bukan harta hakiki
Sampai masanya, pasti ditarik kembali

Kenapalah kau pakai seksi-seksi
Tayang dada, peha, betis dan kaki
Kecantikan diberi untuk kita syukuri
Nikmat tuhan yang tiada tandingi

Kenapalah kau pakai seksi-seksi
Buka baju, buka tudung nak promote diri
Jangan kau lalai dengan kehidupan duniawi
Hidup cuma sementara, alam akhirat akan kita diami
Al-Quran petunjuk tetap kekal abadi

Kenapalah kau pakai seksi-seksi
Aurat hartamu, jagalah sesuci murni
dibuka jangan, jauh sekali untuk dikongsi
Apa dicari hanyalah akhlak dan pekerti
Bukan rupa paras dan body yang diidami

Kenapalah kau pakai seksi-seksi
Body kau tu, hanya suami/isteri yang boleh perhati
Jika harini tidak juga kau insafi
Mak,ayah,abg, suami -
Mereka juga yang kena jawab kat akhirat nanti

Yang berlalu biarkan ia pergi
Yang datang, perlu kau ingati
Dosa yang dipikul, tidak tertanggung kau nanti
Hukuman Allah suatu yang pasti
Bertaubatlah segera, dan insafilah diri
Dia Maha Pemurah, juga Maha Mengasihani
Pesanan dariku, yg kudus disini


- jzan -
24 Ogos 2011

25 March 2011

Program Jelajah Foto 1 Malaya - 9 April 2011


More Info Please call : 012-4424682

30 January 2011

Kenapa CANON 60D??

Masa aku plan nak tukaq body, ada 2-3 benda yang aku listkan, apa yang patut ada kat body baru tu. Aku mula cari ciri-ciri yang seakan-akan sama (malah lebih lagi) dari Sony A330 yang aku pakai sebelum ni.

Mula-mula mesti la kena pilih jenama apa yang patut aku guna, nikon @ canon @ sony. Bagi aku semuanya sama ja, yg beza cuma amatur, semi pro, pro n yg penting sekali harga la. Lagi Mahal lagi banyak la yang kamera tu provide. Janji pandai main dengan speed shutter, ISO n aperture. Kamera mahai lagu mana pun, xtau 3 benda ni gambaq x lawo gak.


Aku pilih CANON. Sebabnya harga yang ditawarkan CANON agak masuk akal dengan fungsi-fungsi yang menepati citarasa pengguna. Aku ada survey di internet, dgn harga 2500++ pun pengguna boleh memiliki slr yang tinggi megapixel serta termasuk fungsi video yang berkualiti tinggi. Aku masuk forum perbincangan, dan mula kenal dengan 60D. Aku tertarik dengan 60D. Kenapa? Aku mula cari dalam internet dan aku listkan sebab-sebab aku pilih CANON 60D.

1. CANON 60D menawarkan megapixel yang tinggi (CMOS 18mpxl).

2. 3 inci skrin LCD.

3. Harga agak munasabah. Dengan harga RM2800- 3000, pengguna dapat memiliki badan 60D.

4. . Oleh kerana aku juga pengguna SONY A330, yang menawarkan LCD mudah pusing/boleh lipat, aku juga inginkan body yang ada fungsi macam tu. Bagi aku fungsi ini amat penting untuk shoot pada level atau sudut yang susah nak buat. Terutamanya untuk shoot video. So, 60D ada ciri-ciri yang aku cari.

5. format video berkualiti tinggi (Full HD)- 24 bingkai sesaat. HD penuh (1920 x 1080), HD tersedia (1280 x 720), dan format televisyen biasa (640 x 480)

6. 60D menawarkan 5.3 fps imej statik.

7. ISO boleh sampai 12,800 dan ada fungsi mengurangkan noise pada kadar ISO yang tinggi. Fungsi ni penting untuk shoot dalam keadaan gelap @ kurang cahaya.

8. Handling yang best. rata-rata pengguna 60D berpuas hati dengan bentuk 60D dan selesa dipegang. Cuma bagi pengguna yang tangan besar tu mungkin kena guna bateri grip untuk tambah selesa bila nak guna.

9. Ringan.

10. Aku dikelilingi oleh pengguna CANON. So, lu aku ada masalah atau apa2 kurang arif, aku boleh rujuk pada depa ni. Berguru dengan orang lagi baik dari berguru dengan buku.

tu ja yang aku fikir yang agak penting selain function2 lain agak advance yg ada pada 60D ni. Tapi aku rasa, kalau CANON masukkan dual memori card seperti SONY aku sebelum ni, lagi tambah best. Sebab 1 kad lagi boleh fungsi sebagai back up sekiranya jadi apa2 kat kad yang 1st tu.

Apa-apa pun, beli kamera ikut kemampuan sendiri dan minat sendiri. Bukan untuk show off @ ikut orang.

Happy shooting