14 July 2008

Secebis Tazkirah : Syubhah dalam makanan


Definisi : Syubhah ialah sesuatu hukum yang tidak diketahui dengan jelas hukum halal dan haramnya.

Ramai yang terkeliru apabila di tanya tentang Syubhah dan haram. dan tidak kurang pula yang menganggap syubhah adalah perkara yang apabila terjadinya suatu isu,barulah ia dianggap syubhah.

perlu diingat bahawa syubhah adalah paling hampir kepada haram. Jika terdapat sebutir syubhah, yakni keraguan dalam hati kita,maka ianya dianggap haram. Keraguan dalam perniagaan, pemilihan pemakanan adalah perkara yang paling ditakuti oleh masyarakat, wlupun perkara sedemikian kurang dititik beratkan dlm kehidupan seharian.

Petikan drpd hadith:

Daripada Abu Abdullah an-Nu’man bin Basyir r.a katanya:”Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :”Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram(itupun) jelas dan di antara kedua-duanya (terdapat)perkara-perkara yang syubhat, ramai di kalangan manusia tidak mengetahuinya .Sesiapa yang menjaga dirinya daripada perkara syubhat ,(maka) dia telah membersihkan agama dan kehormatannya .Dan sesiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhat , dia akan jatuh kepada perkara yang haram..."

Adakah kita yakin bahawa makanan yang masuk ke dalam perut kita setiap hari adalah bersih dari syubhah? Adakah kita yakin makanan yang mengisi perut kita seharian adalah dari sumber yang betul? Ramai diantara kita khususnya umat islam tidak menyedari atau tidak ambil peduli jika terdapat suapan haram, dan menjadi daging dalam badan kita. Bagaimana pula dengan si polan yang mengambil rasuah, memberi anak isteri makan dengan hasil tersebut?

Perlu di igt juga bahawa nikmat yang sedikit kita perolehi, wlu dr sumber mana pun kelak akan di soal Allah s.w.t di kemudian hari.

Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa yang berani melakukan dosa yang diraguinya , hampir-hampir dia akan melakukan dosa yang jelas (Hadith Riwayat al Bukhari )

Sebenarnya sebagai umat Islam, perkara ini bukanlah isu yang besar jika kita lebih berhati-hati dan yang paling penting yakin dengan sumber yang diperolehi baik dari segi makanan dan perniagaan. Terlalu banyak makanan yang tidak dilabel tanda Halal, yang pasti memudaratkan kesihatan pengguna. Makanan yang mempunyai emulsifier, tapi tidak disenarai dlm kandungan makanan juga tidak kurangnya di nagara kita.

Makanan ringan dan makan segera juga harus diberi perhatian. Rujuk kod makanan terlebih dahulu dan pastikan ia bebas dari syubhah.

Rasulullah s.a.w bersabda :

“Wahai Saad, perbaikilah makanan engkau, nescaya engkau akan dijadikan Allah seorang yang makbul doanya. Demi Tuhan yang jiwa Muhammad ada di tangannya, sesungguhnya seseorang lelaki yang memasukkan satu suapan yang haram ke dalam perutnya, tidaklah akan diterima amalnya selama 40 hari. Barangsiapa di antara hamba Allah itu yang tumbuh dagingnya dari harta yang haram dan riba, maka api neraka terlebih baik baginya.”

1 comment:

Anonymous said...

nice post, thanks for the info