02 January 2009

Kritik

Apa saja yang membuatkan kita berasa tidak senang hati, kita akan mula mengkritik. Hati takkan tenang selagi tak meluahkan perasaan tidak puas hati. Mula mencari sumber yang dapat berkongsi kritikan kita seperti ingin melepaskan satu beban yang berat ditanggung.

Mengapa kritik?

Banyak sebab mengapa kita nak kritik. Salah satunya sebab tak memenuhi kehendak. Lain yang diharapkan, lain pula yang jadi. Kritik sehingga dapat penuhi citarasa sendiri atau dengan kata lain buat sehabis baik untuk hasil yang baik.

Lagi sebab kritik adalah tidak puas hati dengan seseorang kerana dari segi budi bicara, lagaknya, perangainya atau sebab-sebab yang lain. Hakikatnya orang yang begini sering kali menganggap diri terlalu sempurna, akan mula mencari kesalahan orang lain lantas akan membandingkan dengan dirinya. Sifat semulajadi manusia. Jika terlalu banyak kritikan demi kritikan akan membuatkannya menjadi seorang yang bermuka-muka. Karektor yang sukar dijangka dan berubah-ubah. Biasanya orang begini tidak akan kritik secara berdepan dan menggunakan sumber-sumber yang dirasakan puas untuk meluahkan perasaan tidak puas hatinya seperti menulis surat, menulis dalam diari, blog dan sebagainya. Dia tidak sesekali berani mengkritik secara bertentangan kerana bimbang akan berlakunya perselisihan faham atau menimbulkan amarah orang lain atau akan dianggap orang yang cerewet. Jenis manusia beginilah yang paling bahaya mengikut seorang penulis syair Parsi. Salah jika kita tafsirkan mengumpat dengan kritik adalah sama. Kritik tidak akan berlaku secara belakang atau secara diam-diam. Berlainan dengan mengumpat yang hanya dibicarakan secara 'tersembunyi' tanpa banyak pihak yang terlibat (bergantung kepada situasi).

Kritik boleh berlaku di banyak peringkat dan dalam pelbagai situasi. Diperingkat rumah, negeri, negara, ditempat kerja bahkan dalam bidang politik tidak dapat lari dari menerima kritikan.

Ibu bapa mengkritik anak, pemimpin mengkritik rakyat (begitu sebaliknya), bos mengkritik pekerja, kawan mengkritik kawan.

Wujudkan Kritikan Tidak membina?

Kritikan tidak membina lebih sesuai diertikan dengan Menjatuhkan.

Bagaimana ingin mengkritik?

Fikir dahulu apa yang ingin dikritik. Fikir positif dan negatif sebelum mengkritik.

Jangan terlalu mengkritik peribadi seseorang, kerana jika tersalah kritik akan dianggap seperti meludah ke langit. Melihat betapa tidak sempurnanya orang padahal diri sendiri jauh kurang sempurnanya perilaku. Tidak perlu kritik secara belakang, hanya mengundang kebencian yang bertambah buruk. Jangan terlalu bandingkan diri dengan orang lain. Secara tidak sedar ramai pula yang membandingkan anda dengan orang lain.

Perbaiki komunikasi.

Fikir apa yang orang lain boleh buat, tetapi diri tidak mampu buat sepertinya.


2 comments:

MrPayid said...

"Fikir apa yang orang lain boleh buat, tetapi diri tidak mampu buat sepertinya."

ya2... betul tuh

tHEoNeANDoNLy said...

SETUJU..!! bukan semua org sempurna.. klu sempurna dah jadi malaikat dah dia tu..