08 September 2010

Raya..fitrah dan gelagat manusia

* semayang raya masjid sesak..semayang subuh 1 saf pun x penuh..

* solat terawih wat sampai 20..tp solat sunat sebelum n selepas solat fardhu jarang² nk buat..

* Alhamdulillah..masa ramadhan Al-Quran sentiasa ditangan..habis ramadhan Al-quran simpan dlm almari, tggu ramadhan tahun depan plak nak sentuh..

* bln ramadhan bangun sahur - mandi, solat subuh n siap pergi keja. pas ramadhan subuh pun dah takde. Bangun, mandi trus siap pergi kerja.

* siang hari bulan ramadhan, jalan dgn gf/bf pun jauh². pas buke dah boleh pegang tangan, peluk pinggang, cium²..

* Salam- cium tangan ayahanda bonda dan minta ampun cuma di hari raya..tunggu raya tahun depan lak kalau nak salam mintak ampun

* hari raya spend 100-200 hengget tuk duit raya nak bagi kanak² n saudara mara..pas raya nak hulur singgit masuk tabung masjid pun pikir 2-3 kali..

* pergi semayang raya pakai baju baru, suar baru, kasut baru..wangi-wangian. pergi solat jumaat tiap-tiap minggu cuma pakai baju t-shirt & suar trek/jeans. kopiah pun xda

* solat terawih duk betul² belakang tok imam..semayang jumaat tunggu tok imam angkat takbir baru nak sampai masjid

* nak raya tolong mak kat dapur buat kuih..pas raya mak dok sorang² kat dapur tlg masakkan tuk kita

* nak raya tukar cadar baru, tirai baru, tikar baru, karpet baru, serba baru. tapi amalan kita kepada-Nya still di takuk yang lama. tak penah upgrade

No comments: